Kelas Pengenalan kepada Internet & website serta Advokasi KDB

5 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah lepasan SPM dan STPM. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah diajar mengenai asas penggunaan komputer seperti belajar menekan papan kekunci dan tetikus.selain itu juga mereka diajar mengenai asas penggunaan Microsoft word.

Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk Teknologi & Anda. Ia bertujuan untuk memperkasakan pengetahuan dan kemahiran digital di kalangan rakyat Malaysia, khusunya untuk mengalakkan penggunaan oleh masyarakat yang kurang liputan perkhidmatan. Selain itu, ia bertujuan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan literasi digital dan media serta mengalakkan penyertaan masyarakat dalam persekitaran digital dan untuk mewujudkan MCMC sebagai agensi pembangunan dan kawal selia bagi industri komunikasi dan multimedia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali